Kelas : XI
Fungsi USB- Pen Drive
Malah dengan rupa bentuk yang pelbagai
dan menarik, dijadikan sebagai sebahagian fesyen kepada seseorang. Apa
yang lebih menarik ialah peranan Cakera Flash USB ini bukan sahaja untuk
penyimpanan data semata-mata tetapi terdapat kegunaan-kegunaan yang
lain.
Antaranya adalah seperti berikut:-
• Ia boleh digunakan untuk melarikan
program-program komputer secara terus daripadanya seperti OpenOffice,
Mozilla Firefox dan lain-lain. Program-program komputer ini boleh
dipilih oleh anda untuk memasangkannya kepada Cakera Flash USB tersebut.
Sila lawati laman wen Portable Apps.com untuk mengetahui faedah ini.
• Sekiranya anda mahu Cakera Flash USB
ini berfungsi lebih daripada melarikan program-program komputer, maka ia
perlu berupaya melarikan sistem pengoperasian. Ini boleh lakukan sama
ada anda mahu larikan sistem pengoperasian Windows atau Linux.
Konfigurasinya agar rumit tapi anda boleh dapati manualnya di Internet.
• Cakera Flash USB juga boleh dijadikan
alat untuk sambungan tanpa wayar dengan menggunakan fungsi konfigurasi
sambungan tanpa wayar yang ada dalam Windows dan menyimpan salinan
konfigurasi sambungan wayar itu ke dalamnya.
• Ia juga boleh digunakan untuk dijadikan sebagai alat mereset kata laluan bagi Windows.